Bidan dan nurse dah sedia... dengan lafaz Bismillah dia suruh teran dan saya tanye macam maner nak teran.. hehehe bila fikirkan balik macam lawak pulak. Tapi nurse2 tue baik, dia ajarkan. Haah sebelun terlupa... sepanjang tempoh kat situ sampai bersalin... hanya 1@2 orang lelaki saje yg terlibat. Yg lain semua perempuan. Nak tau kenape? Suamiku dah buat solat hajat dan doa khusus supaya auratku terpelihara... Alhamdulillah.
Nurse ajar "Tarik nafas panjang2.... rasa sakit teran geram2, kepala tunduk ke dada. teran jangan bunyi suara dan punggong jangan angkat". Saya pun trylah... sekali... masa tue tak rasa sakit pun. Diaorang cakap... bagus2 pandai lagi2. 2 kali ke 3 kali teran tak pasti saya selamat bersalin. Saya bersyukur dan ucapkan terima kasih kepada mereka semua. Saya rasa sangat gembira. Nurse meneruskan kerja2 mereka... baby dibersihkan dan diletakkan atas dadaku. emmmm tak dapat nak digambarkan perasaanku walaupun penat.
Selepas itu sayup2 terdengar saura suamiku azan ditelinga kanan dan iqamat ditelinga kiri. Lepas tue banyal surah inna anzalna kat telinga kanan, al-iklhlas kat telinga kiri. Pengalaman pertama bersalin yg telah kulalui penuh dengan suka duka. Yg pasti wanita yg sabar dan bersyukur bersih seperti bayi selepas bersalin. Dosa2nya diampunkan Allah dan mendapat rahmat yg tidak terhingga disisinya.... Semoga pengalamanku ini menjadi bahan yg bermanafaat untuk pembaca semua...
Ahad, 8 November 2009
Langgan:
Catatan (Atom)