Ahad, 27 Disember 2009

Ahad, 15 November 2009

.: SENYUMAN MANJA ANAK UMI :.


Senyuman manja... dah dapat susu eh...

Senyum kene kacau kat umi ngan abi

Senyuman dalam tidur... umar nak solat ke tue...

.: CUKUR KEPALA HARI KE-7 :.


Umi umar pun cukur jugak... abi yg banyak cukur tpi takde sape ambik gambar huhu sianya

Baguslah umar nie... senyap je kene cukur. Dia tahu umi ngan abi dia baru first time cuba

Senyum umar dan siap botak... comelnya

Pada hari ke-7 kepala adik dicukur sampai botak. Sape yg buat. Umi dan abi kerjakan kepala umar sampai botak. Sejuknya kepala nie.... Cukur rambut salah satu amalan yg disunatkan oleh Allah swt.
Kelebihannya :...

.: UMAR KAT RUMAH WAN :.


Umar tidur lena... rumah wan papan sejuk... bestnya tidur


Batrisya kawan umar.... hehe dia xakap nak jaga umar

Hari ke-4 selepas bersalin, umar balik kg Kuala Pilah.

Ahad, 8 November 2009

.: PENGALAMAN PERTAMA 03 :.

Bidan dan nurse dah sedia... dengan lafaz Bismillah dia suruh teran dan saya tanye macam maner nak teran.. hehehe bila fikirkan balik macam lawak pulak. Tapi nurse2 tue baik, dia ajarkan. Haah sebelun terlupa... sepanjang tempoh kat situ sampai bersalin... hanya 1@2 orang lelaki saje yg terlibat. Yg lain semua perempuan. Nak tau kenape? Suamiku dah buat solat hajat dan doa khusus supaya auratku terpelihara... Alhamdulillah.
    Nurse ajar "Tarik nafas panjang2.... rasa sakit teran geram2, kepala tunduk ke dada. teran jangan bunyi suara dan punggong jangan angkat". Saya pun trylah... sekali... masa tue tak rasa sakit pun. Diaorang cakap... bagus2 pandai lagi2. 2 kali ke 3 kali teran tak pasti saya selamat bersalin. Saya bersyukur dan ucapkan terima kasih kepada mereka semua. Saya rasa sangat gembira. Nurse meneruskan kerja2 mereka... baby dibersihkan dan diletakkan atas dadaku. emmmm tak dapat nak digambarkan perasaanku walaupun penat.
    Selepas itu sayup2 terdengar saura suamiku azan ditelinga kanan dan iqamat ditelinga kiri. Lepas tue banyal surah inna anzalna kat telinga kanan, al-iklhlas kat telinga kiri. Pengalaman pertama bersalin yg telah kulalui penuh dengan suka duka. Yg pasti wanita yg sabar dan bersyukur bersih seperti bayi selepas bersalin. Dosa2nya diampunkan Allah dan mendapat rahmat yg tidak terhingga disisinya.... Semoga pengalamanku ini menjadi bahan yg bermanafaat untuk pembaca semua...

Sabtu, 7 November 2009

.: PENGALAMAN PERTAMA 02 :.

lebih kurang pukul 8.00 am sampai kat hospital... suamiku tanye nak naik kerusi roda tak? saya kate nak jalan kakilah... InsyaAllah mudah nanti bersalin. Dengan tahan kesakitan suamiku menemani, memimpin saya ke bilik bersalin. Dah sampai dan buat pendaftaran... suamiku ke kaunter 2 untuk membuat tempahan wad dan saya diperiksa. Subhanallah dah 4 cm bukak... sakit jugak masa kene check tue, tapi setiap kesakitan digantikan oleh Allah dengan keampunan dan pahala.
    Saya terus masuk ke bilik bersalin no 5. Sekali lagi doktor membuat pemeriksaan... masyaAllah dan buka 6 cm. Syukur pada Allah dimudahkan segala-galanya. Sakit tue memanglah sakit. Saya tidak putus2 berzikir. Suamiku dan telefon keluarga dan rakan2 mintak doa dimudahkan dan bacakan yasin. Suamiku baca yasin 5/6 kali sebelum masuk ke bilik bersalin menemaniku. Petua yg paling baik untuk mudahkan bersalin... baca yasin banyak2(suamilah kene buat). Yg nak bersalin baca doa nabi Yunus semasa dalam perut ikan banyak2. Selawat banyak2.
   Mak dan abang dalam perjalan dari Kuala Pilah... Tak berapa lama kemudian suamiku masuk menemaniku. Saya berasa sedikit lega dan tenang. Suamiku banyak memberi dorongan supaya banyak berdoa dan selawat. Sakit makin menjadi2... masa berlalu terasa sangat perlahan kerana sentiasa merenung jam... hehehe selang 5 minit dan kurang, sakit terasa dan semakin bertambah. Doktor dah pecahkan ketuban. Ikut perkiraan mereka, 4 jam atau lebih baru bukak penuh 1o cm. Insya Allah petang bersalin. Saya mengerang kesakitan. Nurse pelatih yg menjagaku menasihatiku supaya tak megerang kuat2. Saya banyak2 istigfhfar dan minta maaf pada adik tue... maklumlah sakit tak dapat ditahan2. Pinggang dan punggung rasa nak putus.
  Saya cakap sakit2... nasihat yg tak dapt dilupakan kata adik tue... "kak jangan cakap macam tue... sakit memang sakit.. tpi kalau asyik sebut je jadi macam doa pulak, nanti bertambah sakit" Sebenarnya cakap kita nie doa, kadang2 kita lupa. Adik tue cakap lgi " kak banyakkan selawat". Suamiku sentiasa disisiku dan memandu aku untuk banyak2 berzikir, beristighfar dan berselawat. Tangan suamiku menjadi tempat saya pegang, genggam erat2. Terima kasih abang. Rasanya sakit tangan suamiku tapi dia sangat sabar.... sakit makin ketara dan kerana tak tahan mintak adik tue tengokkan. Masa tue dah pukul 11.30am. Rupa2nya baby dah nak keluar... dah nampak kepala. Nurse, bidan hospital terus masuk dan ............... cepatnya tak sampai 4 jam dan buka habis.

.: PENGALAMAN PERTAMA 01 :.

1/ 11 hari yang biasa bagi saya... saya tak fikir dan sangka ape2 pun. Pagi tue...sakit memulas2. Saya bagitau suamiku, suamiku ajak pergi hospital tapi saya belum mau ke hospital.... . pergieeee takut kene 'godak'.
       Suamiku sangat memahami... dia tak paksa tapi ajak pergi program dengar bacaan hadis. Dalam pukul 11.30am saya pergi ke tempat program tersebut... perutku makin sakit... tapi tahan dan harapkan anakku yang bakal lahir menjadi anak yang baik.... rajin dengar hadis dan baca al-quran. Semoga jadi Hafiz... Amin. Harap semua pembaca mendoakan anakku jadi Hafiz. Balik dari majlis tersebut, perutku semakin sakit. Saya tahan je.... saya rehat2, jalan2 sampai petang. Petang tue sempat ke The Store beli barang- barang baby dan stokin saya.
     Pukul 7.30 suamiku pulang dari surau. Saya mengadu perutku sangat sakit... suamiku periksa dan saya terkejut, tanda 'darah' dah keluar. Suamiku ajak ke hospital, tapi saya takmau.... saya bagitau kalau keluar air baru pergi ke hospital. Suamiku memahami.... thanks to Allah. Setiap sepuluh minit perutku sakit... kadang2 kurang. Malam tue tak dapat nak tidor, suamiku menemaniku sampai pagi. Selepas solat subuh, saya dah tak tahan sangat2. Saya ajak suami ke hospital... pukul 7.15 am (2/11) saya dan suami ke hospital.... suami tak putus2 baca yasin dan saya tak putus2 zikir nabi Yunus ketika dalam perut ikan nun................   Ya Allah permudahkanlah.

.: PENGALAMAN PERTAMA :.

3 hari suamiku sibuk dengan perkhemahan. Saya pun pergi juga tengok-tengokkan murid2 sekolah suamiku. Masa tue dah sampai masa untuk bersalin, tapi doktor bagi tempoh lagi 1 minggu.
       Saya cakap kat suami... kita merancang, semuanya dalam kuasa Allah. Teknologi, kemahiran cuma boleh agak saje... tapi yang menentukan Allah. Walaupun doktor kata dah sampai masa, tapi Allah punya keputusan belum, maka belum. Suamiku tersemua dan mendoakan kebaikan untukku... bestnya, rasa bahagia, berdebar2 pun ada. Tapi, InsyaAllah, sampai masa keluarlah baby tue... macam buah bila dah masak akan gugur sendiri...
       Saya takmau beranak paksa. Kalau tak beranak jugak, 8/11 saya akan dipaksa beranak. Saya makin banyak berdoa dan tawajjuh kepada Allah.... emmmm Ya Allah Permudahkanlah. Suamiku sangat rajin... malam2 dia bacakan yasin supaya senang beranak. Dia belikan ubat 'homopaty', buat air selusuh dan macam2 lagi... terima kasih abang.
      

Selasa, 3 November 2009

.: HARI PERTAMA :.

11.55 am detik bersejarah. Lahirnya Muhammad Umar Uzayr b. Mohamad Saleh di Hospital Muar.