Sabtu, 7 November 2009

.: PENGALAMAN PERTAMA 02 :.

lebih kurang pukul 8.00 am sampai kat hospital... suamiku tanye nak naik kerusi roda tak? saya kate nak jalan kakilah... InsyaAllah mudah nanti bersalin. Dengan tahan kesakitan suamiku menemani, memimpin saya ke bilik bersalin. Dah sampai dan buat pendaftaran... suamiku ke kaunter 2 untuk membuat tempahan wad dan saya diperiksa. Subhanallah dah 4 cm bukak... sakit jugak masa kene check tue, tapi setiap kesakitan digantikan oleh Allah dengan keampunan dan pahala.
    Saya terus masuk ke bilik bersalin no 5. Sekali lagi doktor membuat pemeriksaan... masyaAllah dan buka 6 cm. Syukur pada Allah dimudahkan segala-galanya. Sakit tue memanglah sakit. Saya tidak putus2 berzikir. Suamiku dan telefon keluarga dan rakan2 mintak doa dimudahkan dan bacakan yasin. Suamiku baca yasin 5/6 kali sebelum masuk ke bilik bersalin menemaniku. Petua yg paling baik untuk mudahkan bersalin... baca yasin banyak2(suamilah kene buat). Yg nak bersalin baca doa nabi Yunus semasa dalam perut ikan banyak2. Selawat banyak2.
   Mak dan abang dalam perjalan dari Kuala Pilah... Tak berapa lama kemudian suamiku masuk menemaniku. Saya berasa sedikit lega dan tenang. Suamiku banyak memberi dorongan supaya banyak berdoa dan selawat. Sakit makin menjadi2... masa berlalu terasa sangat perlahan kerana sentiasa merenung jam... hehehe selang 5 minit dan kurang, sakit terasa dan semakin bertambah. Doktor dah pecahkan ketuban. Ikut perkiraan mereka, 4 jam atau lebih baru bukak penuh 1o cm. Insya Allah petang bersalin. Saya mengerang kesakitan. Nurse pelatih yg menjagaku menasihatiku supaya tak megerang kuat2. Saya banyak2 istigfhfar dan minta maaf pada adik tue... maklumlah sakit tak dapat ditahan2. Pinggang dan punggung rasa nak putus.
  Saya cakap sakit2... nasihat yg tak dapt dilupakan kata adik tue... "kak jangan cakap macam tue... sakit memang sakit.. tpi kalau asyik sebut je jadi macam doa pulak, nanti bertambah sakit" Sebenarnya cakap kita nie doa, kadang2 kita lupa. Adik tue cakap lgi " kak banyakkan selawat". Suamiku sentiasa disisiku dan memandu aku untuk banyak2 berzikir, beristighfar dan berselawat. Tangan suamiku menjadi tempat saya pegang, genggam erat2. Terima kasih abang. Rasanya sakit tangan suamiku tapi dia sangat sabar.... sakit makin ketara dan kerana tak tahan mintak adik tue tengokkan. Masa tue dah pukul 11.30am. Rupa2nya baby dah nak keluar... dah nampak kepala. Nurse, bidan hospital terus masuk dan ............... cepatnya tak sampai 4 jam dan buka habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan