Isnin, 8 Februari 2010

.: AQIQAH: ALHAMDULILLAH DAH SELESAI :.

          Alhamdulillah... berkat doa semua, akhirnya aqiqah untuk umar telah selesai dilaksanakan pada 30.1.2010. Aqiqah dibuat di Kampung Sungai Dua Besar. Rumah Ummi dan wan Umar kat Kuala Pilah. Kami beli kambing dari Serting. 2 ekor.. besar. 1 ekor 52 kilo dan lagi 1 39 kilo. Pagi sabtu (30.1.2010) kambing disembelih oleh En Ahad. Alhamdulillah daging baik dan banyak.
          Terima kepada semua penduduk kampung Sungai Dua Besar yg telah membantu menyiapkan persiapan daripada sampailah kambing siap dimasak. Sedikit kekurangan berbanyak kemaafan dipohon. Semoga kita diberkati Allah.
         Aqiqah adalah amalan mulia  yang diperanggungjawabkan ke atas ibu bapa kepada bayi tersebut. Jadi, laksanakanlah mengikut kemampuan. Yang terbaik, dilaksanakan pada hari ke-7, semasa majlis memberi nama, bercukur. Tetapi tidak salah untuk buat pada hari lain. Cuma, pada pendapat saya yang daif ini, gunakanlah 9 bulan yg Allah berikan untuk kita merancang kesempurnaan persiapan amal-amal selepas kelahiran bayi@ anak.

Pada hari yang sama diadakan majlis pertunangan adik ipar @ mak saudara umar. Tahniah diucapkan kepada maksu, semoga cepat-cepat kawih. Umar nak kawan... hehehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan